Puasa mendidik sifat empati, upaya memahami dan merasai perasaan orang lain.

Dengan puasa kita mengerti peritnya kelaparan dan keringnya kedahagaan. Lalu menggerakkan diri untuk membantu insan yang diuji dengannya dek kesempitan kehidupan.

Puasa juga memberikan kita secebis rasa siksa ahli neraka. Membuatkan kita gerun daripada melakukan dosa.

Kredit foto: Google

Puasa juga melatih upaya memberi keutamaan. Demi menjaga pahala puasa, tabiat buruk yang menyeronokkan rela kita tinggalkan. Kita dilatih untuk memberi keutamaan kepada ganjaran berpuasa, meski ia tak kelihatan, berbanding tabiat buruk yang nyata dan sudah menjadi kebiasaan.

Puasa mendidik diri dengan disiplin. Kita menghitung-hitung (muhasabah) amalan seharian dengan pengharapan agar beroleh semaksimum mungkin ganjaran pahala. Kita mengira-ngira sudah cukupkah bilangan mukasurat tilawah, bilangan rakaat solat, bilangan zikrullah, dan tak lupa bilangan kesilapan dan kesalahan yang mungkin mengurangkan nilaian puasa kita.

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال‏:‏ ”من صام رمضان إيمانًا واحتسابًا، غفر له ما تقدم من ذنبه.“‏ ‏‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏

Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) reported The Prophet (ﷺ) said, “He who observes fasting during the month of Ramadan with faith while seeking its reward from Allah, will have his past sins forgiven.” (Muttafaqun ‘alaih)

Moga-moga daya empati, upaya memberi keutamaan dan disiplin diri dapat kita teruskan dalam kehidupan selepas Ramadan, insya-Allah.

Advertisements