Jam 4 petang tadi, usailah satu minggu persekolahan. Hari-hari yang dipenuhi dengan keringat, titis air mata murid Tahun 1, kasut mereka yang hilang, buku teks yang asyik tertinggal dan perit tekak guru melaung pengajaran dan arahan di tengah-tengah bingit suara anak-anak murid.

Seribu satu ragam, walaupun sekolah hanya mempunyai lebih sedikit daripada 300 orang murid.

Pendidikan adalah proses yang ‘mutual’ antara guru dan pelajar. Saya mengajar, saya sendiri turut belajar daripada anak-anak murid. Mereka belajar menyebut, mengira, saya pula belajar sabar, toleransi dan melatih kreativiti.

Dua hari rehat Jumaat dan Sabtu ini untuk diguna sebagai tempoh mengumpul idea dan kekuatan sebelum menghadapi minggu seterusnya. Moga diberi kekuatan, insya-Allah.

Advertisements