Beberapa hari yang lalu, ketika memandu, saya terlihat orang ramai beratur panjang di sebuah pusat beli belah. Barangkali, dek tawaran promosi, menjelang tahun baharu atau buka persekolahan nanti.

Selang beberapa meter, ada kuburan Muslim. Pilunya,  di sana ramai juga orang. Kelihatan seperti menghantar ‘pulang’ jasad anggota keluarga atau sahabat mereka, selamat bersemadi di dalam ‘rumah’ dunia terakhir yang kita semua pun bakal diami kelak.

Warna-warni kehidupan. Ada hitam, dan putihnya. Di antara keduanya, ada warna-warna pelangi, jalur-jalur pelbagai rupa dan rasa. Pahit. Manis. Suka. Duka.

Advertisements