Gusar sungguh perasaan saya. Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum persekolahan dibuka.

Nanti, anak-anak yang penuh potensi, bakal memulakan sesi persekolahan baharu.

Guru tugasnya mencabar, setakat pengalaman dan pengetahuan saya nan tohor ini. Selain melengkapkan diri dengan kesungguhan dan motivasi, pengetahuan (darihal pengajaran, keilmuwan dsbg.) tak kurang pentingnya.

Guru harus belajar. Terus belajar. Tak henti belajar. Prosesnya berterusan, dan bersifat mutual ‘ke-saling-an’ (jika ada istilah ini). Barulah peluang untuk terjadi seperti di dalam gambar di atas berjaya dikecilkan, sebaik-baiknya dielakkan.

Kalau boleh, saya mahu belajar dulu banyak-banyak sebelum bercakap. Tetapi itu adalah setting belajar zaman kanak-kanak. Zaman tua macam sekarang ini, hari ini belajar dan hari ini buat dan hari ini kongsi. Esok pun sama juga. Semuanya nak tarik balik masyarakat kepada end of education berasaskan world view Islam kita bahawa kita Khalifah adalah makhluq yang belajar. Education is all about learning.

— Ust. Hasrizal Abd. Jamil

Ya Tuhan, bantu kami para guru ini.

Advertisements